RSS

Friday, August 5, 2011

Rojak


Tauhu Sumbat


Kuih Cara Berlauk


Bahan Untuk Inti:
1 cawan daging kisar
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawang putih (potong halus2)
1 sudu rempah Kari daging
Sedikit garam
Sedikit minyak utk menumis
Daun bawang atau Daun sup ( dihiris )
Cili merah (dihiris)

Adunan kuih:
2 cawan tepung gandum
1 cawan Santan
2 cawan air
1 biji telur ( ikut Suka)
Sedikit garam
Sedikit kunyit atau pewarna kuning

Cara-cara untuk inti, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masukkan rempah kari,garam dan daging. Tumis hingga masak dan ketepikan.

Untuk kuih pula,blend semua bahan hingga sebati. Panaskan acuan dgn api pelahan, sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat, tuangkan adunan kuih sedikit demi sedikit kemudian letakkan inti,sedikit daun bawang dan cili masak. Tutup seketika dgn penutup. Kemudian boleh la angkat.

Kuih Cara Manis


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum*
1 cawan air *
1 cawan air daun pandan (kalu xde daun pandan jadikan 2 cwn air)*
1 cawan santan*
1 biji telur*
sedikit garam*
sedikit gula (guna untuk tabur pada kuih masa masak)
sedikit minyak (untuk sapu pada acuan)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan, kalau nak senang blend kan semuanya. Lepas itu kalau adunan itu x berapa hijau boleh gunakan sedikit pewarna hijau. Apabila semua sudah sebati bolehla masukkan kedalam acuan sedikit demi sedikit. taburkan gula diatasnya. tutup acuan guna tudung periuk pun boleh supaya bahagian atas cepat masak. Api haruslah kecik sahaja. Biarkan seketika, kemudian bolehlah angkat.

Nasi Goreng Cina

Mee Ladna Simple

Onde-Onde

Nasi Goreng Kampung Saya..

Kueh Tiew Goreng

Juadah Berbuka Hari Ke-4

Juadah Berbuka Hari Ke-3

Juadah Berbuka Hari Ke-2