RSS

Friday, August 5, 2011

Kuih Cara Manis


Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum*
1 cawan air *
1 cawan air daun pandan (kalu xde daun pandan jadikan 2 cwn air)*
1 cawan santan*
1 biji telur*
sedikit garam*
sedikit gula (guna untuk tabur pada kuih masa masak)
sedikit minyak (untuk sapu pada acuan)

Cara-cara:
Campurkan semua bahan, kalau nak senang blend kan semuanya. Lepas itu kalau adunan itu x berapa hijau boleh gunakan sedikit pewarna hijau. Apabila semua sudah sebati bolehla masukkan kedalam acuan sedikit demi sedikit. taburkan gula diatasnya. tutup acuan guna tudung periuk pun boleh supaya bahagian atas cepat masak. Api haruslah kecik sahaja. Biarkan seketika, kemudian bolehlah angkat.

0 comments:

Post a Comment